Wow ... lamanya mak tak menulis dalam ruangan ni. Nak tau ... punyalah mak busy dan buat2 busy sampai mak hampir terlupa kewujudan blog mak ni... kalau si Gayah tak bagi tau ... memang terkuburlahhhhhh blog mak ni.
2-3 bulan mak ni ... mak banyak sangat diduga dari segi minda. Especially dalam membuat pilihan yang terbaik untuk mak. Nak study kat mana? Nak buat apa lepas ni? Nak kawin ke tidak? Nak teruskan dengan laki tu ke tidak? Nak makan apa lepas ni .... oh itu semua menyebabkan rambut mak makin beruban uolsssss.
Kerana terlalu banyak membuat keputusan, mak sampai tak mampu nak menggunakan otak mak untuk berfikir pasal azam baru. Azam lama pun ada yang tak tercapai ... so better recycle jer lah kan. Semangat kerja mak makin menurun tetapi semangat berjalan makin membuak2.
Maybe it is about time mak mengembara to greener pastures or timba pengalaman baru. Dulu ... mak malas nak restart life semula sebab at this age ... mak dah selesa dengan kehidupan mak (katenyerrrr). Ye lah ... kebanyakan kawan mak dah beranak pinak dan happy dengan kehidupan berkeluarga.
Tapi lately ... ramai pulak kawan mak yang bercerai berai. Oppssss ...
Mak pun banyak fikir tentang kematian lately. Bagaimana kalau maut menjemput kita tanpa diduga atau diundang. Hmmm ... walaupun personally mak takut nak berhadapan dengan kematian tapi one part of me said ... so search the world for new meaning in life. Takkan nak jalani hidup ini dengan gi ofis balik ofis jer kan?
So mak decided nak study balik oversea. Memang ramai kawan mak warning mak ... study kat oversea tak sama dengan travelling overseas. Tapi personally ... sebab terlalu busy dengan kehidupan masa kini, mak kuburkan impian mak untuk belajar oversea. Nah, sekarang peluang sudah ada ... baik mak gunakan sebaiknya.
Ok ... mak nak kemas bilik mak dulu. Chow!