Translate

Friday, August 31, 2012

Dugaan Penuh Pancaroba

Terkejut mak bila tengok tiba-tiba hit counter blog mak ni tiba-tiba jadi 74. Ya lah entri mak baru 3 jer pun kan, takkan cerita mak yang tak seberapa ni tiba-tiba mendapat sambutan luar biasa. Mak check kat statistik rupa-rupanya yang contribute to the sudden jump tu adalah entri mak pasal drama Korea iaitu I Need Romance tu. Dasat penangan drama Korea ni uolsssss ...

Actually, mak tak dapat nak update blog mak ni sebab halangan-halangan yang tak dapat nak dielakkan lah ya. First, abang saudara mak meninggal mengejut ... sampai la nie mak masih trauma dan berkabung. Kedua, laptop mak ni dibeli zaman Jahiliah lagi meragam. Setiap kali mak cuba buka Mozilla Firefox, tiba-tiba jer komputer ni freezing. Kena restart banyak kali. Tapi kalau nak diikutkan, lama mak dah guna lappy ni ... rasanya dekat 6 tahun. By standard laptop kalau sampai sekarang pun masih boleh guna, memang kira hebatlah lappy mak ni. Ketiga, office sekarang pun dah banyak kerja so "rakyat mesti didahulukan".

Semalam pun mak cuba nak update blog ni guna Ipad ... and tema entri kalau ikutkan ... nak berkonsepkan detik sedih, sesuai dengan mood mak time tu. Tapi semalam meeting pulak dengan seorang ahli perniagaan di Seberang Perai. Kalau ikut perjanjian antara mak dengan ahli perniagaan ni, kami akan kongsi kos perlaksanaan satu projek based on Corporate Social Responsibility (CSR). Tapi meeting semalam ahli perniagaan ni bawak wife dia yang memang terkenal sebagai "bitch". Hoho... kaw kaw dia guna bitchiness dia kat mak. Nasib muka mak tegang sebab amal makan kolagen. Mak terus pasang muka takde perasaan kat "bitch" ni. At the same time, terus mood mak berubah dari sedih kepada geram.

Lepas meeting semalam, mak terus bawak staf mak and supplier mak cool down kat Tutti Fruitti (mak suka panggil Tooty Footy). Bestnyer dapat lepaskan perasaan dengan melalui sesi mengumpat ala-ala Sex In The City. Banyak isu dibangkitkan dalam sesi mengumpat tu, like teori bahawa ahli perniagaan tu mungkin diberi penunduk oleh bini dia or sebab bini dia bagi "layanan" baik punya sampai laki becoming a YES man.

Anyway, lepas mak cool down and mak analyse balik lah perbincangan mak dengan ahli perniagaan tu, mak pun terfikir, sebenarnya the opposite personality of the couple yang menyebabkan mereka berjaya dalam perniagaan mereka. Behind every successful man, there must be a strong woman. And to ensure "check and balance" someone has to be the bad person. In fact, supplier mak pun memang ada buat silap but dia pun setuju dengan mak that we may consider their proposal but not necessarily kita nak ikut semua. Sebab nampak sangat pun "the bitch" nak ambik peluang dan kesempatan.

Okaylah mak nak signed off. Esok mak ada banyak events.

Friday, August 24, 2012

Kesatria Baja Hitam

Hari ni i terima panggilan telefon daripada seorang kawan lama. Sebelum ni pun dia dah cuba contact melalui FB tapi sebab dah terlalu lama tak jumpa dan i pun tak ambil tahu perkembangan dia jadi I pun taklah banyak cerita pasal peribadi. Anyway, I used to date him masa Form 6 huhuhu ... sekali jer pun ... sebelum dia bertolak untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej MARA sebab dapat offer study kat Australia. Dia siap pakai jaket hitam, seluar hitam, helmet full face hitam and bawak motor hitam ... so I gelar dia Kesatria Baja Hitam.

I was in love with someone else masa tu, very very in love tapi I keluar dengan this guy sebab I ingat I could make him jealous. This guy that I am in love with .... I tak tahu his true feelings for me. Dia macam nak tapi pushed me away when I get too close. Jadi bagi mengubat hati, I terima je lah pelawaan KBH for a date walaupun masa tu, hati meronta sangat that it was the other guy. Tapi ni lah hati ... walaupun lepas keluar dengan KBH, masih jugak nak dekat the other guy. Jadi hubungan kami tu terhenti setakat hari tu je lah.

Anyway, mentally I pun dah prepare not to expect much from the meeting (after 17 years). Pada usia macam ni I dah belajar not too mengharap mana-mana lelaki yang sebaya ni masih available. Dia either dah kawin or kalau tak kawin ..  dia ni ada string attached hahaha or tak minat perempuan. But I looked forward to meet him sebab I need friends, tak kira lah married or not. Especially yang mempunyai latar belakang yang sama macam I ... berdarah campuran. Tak cakap bahasa Cina and from negeri Bumi Kenyalang.

Bila I pandang muka dia for the first time in 17 years, entah kenapa tiba-tiba I rasa menyesal tidak bagi peluang kat dia dulu. Sebab by my current standard, dia nie lelaki yang patut dijadikan suami. I ada juga dengar cerita pasal dia dari kawan-kawan. How he is so hardworking, buat kerja ni and kerja tu. Tapi kami tengah hari tadi kami bukan jumpa as a man and a woman, but as old friends.

Mungkin ini yang dikatakan tiada jodoh. Kami minum kopi di Lighthouse Cafe dan tiba-tiba my mind flashback, masa tu kami terpaksa kongsi satu snack plate Sugar Bun sebab dia takde duit nak belaja makan mahal-mahal. Kami cerita-cerita dan dia bagi tahu dia dah kawin dan ada sorang anak. Good for him. The man that I fell in love with pun dah kawin tapi sampai sekarang takde anak huhuhu. Dia terkejut jugak kenapa aku sampai sekarang tak kawin. Kalau dulu maybe aku malu nak buka pekung di dada. Tadi I story direct jer about my ex and why it didn't work.



Yang lucunya, masa nak balik tu hujan turun. Kebetulan masa our first date tu pun hujan dan kami kena redah hujan lebat. Yang buat I rasa K-drama sangat was masa nak lintas jalan tu, dia pegang bahu dan belakang ... u know macam a guy protecting his girl. Auwwwww .... sabar sabar, laki orang tu. Sampai office tiba-tiba I terima mesej whatapps dari KBH. 

"Can we do it again?" 

I pikir positif jer ... 

I pun jawab ... " Drinking coffee? No problem"

Tapi kan ... personally I harap dia menyesal kawin orang lain lepas tengok I sebab I baru seminggu makan Kinohimitsu Collagen 5300 hahahaha

Thursday, August 23, 2012

I Need Romance 2012 (Ep1 -Ep5) - Drama Korea

Hari ni rasa nak share pasal drama Korea. So far antara semua drama-drama yang ada di pasaran, drama Korea yang agak sesuai sikit dengan jiwa. Drama Jepun, Taiwan dan Hong Kong ... kena tengok keadaan. Oh ya time puasa tu, kerja tak banyak ... produktiviti pun kurang jadi malam-malam balik kerja I pun carik-carik lah drama yang sedang hangat di pasaran.

As I am writing this blog, rasanya yang tengah HOT kat mysoju setakat ni adalah drama Jepun yang bertajuk Rich Man, Poor Woman. Dah tengok sampai episod 3 ... memang not bad tapi maybe sebab "akak" ni mencecah 30an dan tengah sibuk try minuman kolagen Kinohimitsu, tiba-tiba angin berubah pulak nak try yang lebih "mature" or "adult content". Scan punya scan kat site mysoju tu, ternampak pulak drama ni yang kira top 25 drama lah (setakat 23 Ogos 2012) ... tajuk dia macam menarik, brief (very brief okay) description pasal drama pun macam sesuai dengan yang berusia 30an ( .... i lagi sikit tahun lagi nak jadi ajumma) jadi I pun testing lah episod 1. Tup tup ... dah habis sampai episod 5.

 

Kalau tengok kat sypnosis tu, dia cuma cakap "Joo Yeol Mae (Jung Yoo Mi) gets entangled in a love triangle between her long term boyfriend, Yoon Suk Hyun, (Lee Jin Wook) and a new love interest, Shin Ji Hoon (Kim Ji Suk)." Sekali baca macam tak menarik, tapi disebabkan ada note kata drama ni adalah sequel kepada satu drama yang quite successful dengan tajuk yang sama, cuma jalan cerita jer lain dan pelakon pun lain ... rasa nak try pulak. Baca some other sites, dia kata ada ala-ala Sex and The City. Hmmm ... jangan main-main okay ... drama dan filem Korea sekarang ni pun agak berani ... bed scenes, sex scenes semua ada. Walaupun tak tunjuk "that" part, tapi panas lah jugak .... especially kalau yang minum kolagen macam akak ni hahahahaah .... I pernah terkasima sebentar tengok pelakon wanita dalam filem Frozen Flower tu pernah berlakon dalam drama Princess Hour.

Okay setakat episod 1 sehingga episod 5 ni, dia banyak menggunakan teknik flashback on bagaimana hubungan Yeol Mae dan Suk Hyun bermula - when they have their first kiss, when they have their first night together, when they have their first break up (mcm mereka ni sampai 5 kali break and sambung balik) ... pastu ia memperkenalkan watak-watak lain iaitu Ji Hoon (laki yang minat kat Yeol Mae) dan kawan-kawan baik Yeol Mae iaitu Sun Jae Kyung dan Woo Ji Hee. Yeol Mae ni bagi I represents majority of Asian modern women... dari satu segi kita nak liberation sebagai seorang wanita modern yang berkerjaya dan in a relationship (maybe a very open relationship). Tapi kita terikat dengan idea of "ideal man" dan kehendak peribadi atau keluarga untuk berkahwin dan memiliki anak. 

Sun Jae Kyung pulak mewakili wanita yang sangat sangat "independent" dan berjaya dalam kerjaya yang melihat lelaki seperti equal. Perkahwinan tidak semestinya satu ikatan kebahagiaan ... it might also be like a business partnership (huhuhuh). Ji Hee pulak mewakili wanita yang konservatif .. yang cuba menarik pasangan melalui kelembutan dan kesucian (innocence and purity) sebab menganggap dirinya tak seksi, tak cantik dan tak memiliki kerjaya yang tinggi untuk memikat lelaki.

I terus terang agak suka dengan satu watak iaitu Sun Jae Kyung. Dialog dan watak Jae Kyung banyak menggunakan logik berbanding emosi yang kadangkala menyebabkan I agak rimas dengan watak Yeol Mae yang hendak mendesak Suk Hyun yang just want to have relationship (macam bersedudukan lah senang citer) tapi tak ada niat untuk mengahwini Yeol Mae. Pastu naik angin tak tentu pasal (which of course I know the reasons) tapi malu untuk berterus terang (contoh bila cemburu, bila sebenarnya nak dihargai, atau nak just ucap ayat-ayat manis). Teringat pulak satu buku Women Are From Venus, Men Are From Mars. Satu ayat dia .... which I translate mcm ni lah .... Ingat laki tu ahli nujum ker sampai boleh baca fikiran wanita? Hahahahaa....

I rasa nak bagi tau jer kat Yeol Mae tu ... testing jer si Ji Hoon tu ... muka dan body pun not bad. Tapi yelah ... walaupun seopen mana pun kita ... I rasa even orang putih yang biasa have more than one partners ada set of rules on dating. Apa yang morally right or accepted. Apa yang "easy" or "consentual". Cinta ni ... can be something sooooo beautiful dan pada masa yang sama can be sooooo hurtful. Kalau I kat tempat Yeol Mae, kalau dah ada Ji Hoon ... I will just move on. Tapi the brilliant part of this drama, memang dia highlight ... kadang-kadang masalah tu ialah hati wanita. Susahnya nak move, kalau dah terlalu suka dan sayang.

Apa-apa pun yang ditulis di atas tidak semestinya mewakili pendirian peribadi penulis berhubung perhubungan dibenarkan dari segi agama okay. Ini cuma pandangan dari segi jalan cerita drama dan nak cuba kait dengan norma masyarakat Korea pada masa ini. Okay nak sambung ke episod seterusnya. Nanti i share lagi.

Wednesday, August 22, 2012

Detik Pertama

Biasanya detik pertama mesti dikaitkan dengan detik-detik yang paling indah atau detik yang sukar dilupakan ...  tapi bagiku,detik pertama menulis entri pertama dalam blog ini tidak disangka merupakan detik yang sungguh mencabar. Tiba-tiba kelu, terkasima dan .... persoalan yang paling glamer ... nak tulis apa ya?

Anyway, I campur bahasa lah ya dalam blog ni. Senang sikit nak ekspresikan perasaan tu. Terus terang, macam-macam perasaan sekarang ni bermain-main di kepala ... runsing, excited, happy ... sebelum ni memang i tulis blog ... tapi dalam bahasa inggeris ... serabut kepala kadang2 fikir pasal grammar, sentence structure ... mesej nak disampaikan ... ada kadang tu idea mati macam tu jer.

Runsing?  Hmmm sebab I nak open sikit dalam blog ni. Nothing sexual or ganas-ganas punya open lah ... tapi acceptable openness. I takkan gunakan blog ni untuk tujuan menghasut ya ... sekadar nak luahkan pandangan peribadi. Tapi runsing juga, pandangan tu boleh disalah ertikan dan tak pasal-pasal seksyen 114A pulak.

Tapi yang pasti ... blog ni merupakan satu saluran untuk i ekspesikan perasaan i sebagai seorang wanita moden. Apa pandangan i tentang sesuatu isu, apa perasaan i tentang suatu perkara dan macam-macam lagi lah... 

Okaylah ... ni saja lah yang boleh ditulis buat masa ni. Hope to see u in my future entries.