Translate

Thursday, August 23, 2012

I Need Romance 2012 (Ep1 -Ep5) - Drama Korea

Hari ni rasa nak share pasal drama Korea. So far antara semua drama-drama yang ada di pasaran, drama Korea yang agak sesuai sikit dengan jiwa. Drama Jepun, Taiwan dan Hong Kong ... kena tengok keadaan. Oh ya time puasa tu, kerja tak banyak ... produktiviti pun kurang jadi malam-malam balik kerja I pun carik-carik lah drama yang sedang hangat di pasaran.

As I am writing this blog, rasanya yang tengah HOT kat mysoju setakat ni adalah drama Jepun yang bertajuk Rich Man, Poor Woman. Dah tengok sampai episod 3 ... memang not bad tapi maybe sebab "akak" ni mencecah 30an dan tengah sibuk try minuman kolagen Kinohimitsu, tiba-tiba angin berubah pulak nak try yang lebih "mature" or "adult content". Scan punya scan kat site mysoju tu, ternampak pulak drama ni yang kira top 25 drama lah (setakat 23 Ogos 2012) ... tajuk dia macam menarik, brief (very brief okay) description pasal drama pun macam sesuai dengan yang berusia 30an ( .... i lagi sikit tahun lagi nak jadi ajumma) jadi I pun testing lah episod 1. Tup tup ... dah habis sampai episod 5.

 

Kalau tengok kat sypnosis tu, dia cuma cakap "Joo Yeol Mae (Jung Yoo Mi) gets entangled in a love triangle between her long term boyfriend, Yoon Suk Hyun, (Lee Jin Wook) and a new love interest, Shin Ji Hoon (Kim Ji Suk)." Sekali baca macam tak menarik, tapi disebabkan ada note kata drama ni adalah sequel kepada satu drama yang quite successful dengan tajuk yang sama, cuma jalan cerita jer lain dan pelakon pun lain ... rasa nak try pulak. Baca some other sites, dia kata ada ala-ala Sex and The City. Hmmm ... jangan main-main okay ... drama dan filem Korea sekarang ni pun agak berani ... bed scenes, sex scenes semua ada. Walaupun tak tunjuk "that" part, tapi panas lah jugak .... especially kalau yang minum kolagen macam akak ni hahahahaah .... I pernah terkasima sebentar tengok pelakon wanita dalam filem Frozen Flower tu pernah berlakon dalam drama Princess Hour.

Okay setakat episod 1 sehingga episod 5 ni, dia banyak menggunakan teknik flashback on bagaimana hubungan Yeol Mae dan Suk Hyun bermula - when they have their first kiss, when they have their first night together, when they have their first break up (mcm mereka ni sampai 5 kali break and sambung balik) ... pastu ia memperkenalkan watak-watak lain iaitu Ji Hoon (laki yang minat kat Yeol Mae) dan kawan-kawan baik Yeol Mae iaitu Sun Jae Kyung dan Woo Ji Hee. Yeol Mae ni bagi I represents majority of Asian modern women... dari satu segi kita nak liberation sebagai seorang wanita modern yang berkerjaya dan in a relationship (maybe a very open relationship). Tapi kita terikat dengan idea of "ideal man" dan kehendak peribadi atau keluarga untuk berkahwin dan memiliki anak. 

Sun Jae Kyung pulak mewakili wanita yang sangat sangat "independent" dan berjaya dalam kerjaya yang melihat lelaki seperti equal. Perkahwinan tidak semestinya satu ikatan kebahagiaan ... it might also be like a business partnership (huhuhuh). Ji Hee pulak mewakili wanita yang konservatif .. yang cuba menarik pasangan melalui kelembutan dan kesucian (innocence and purity) sebab menganggap dirinya tak seksi, tak cantik dan tak memiliki kerjaya yang tinggi untuk memikat lelaki.

I terus terang agak suka dengan satu watak iaitu Sun Jae Kyung. Dialog dan watak Jae Kyung banyak menggunakan logik berbanding emosi yang kadangkala menyebabkan I agak rimas dengan watak Yeol Mae yang hendak mendesak Suk Hyun yang just want to have relationship (macam bersedudukan lah senang citer) tapi tak ada niat untuk mengahwini Yeol Mae. Pastu naik angin tak tentu pasal (which of course I know the reasons) tapi malu untuk berterus terang (contoh bila cemburu, bila sebenarnya nak dihargai, atau nak just ucap ayat-ayat manis). Teringat pulak satu buku Women Are From Venus, Men Are From Mars. Satu ayat dia .... which I translate mcm ni lah .... Ingat laki tu ahli nujum ker sampai boleh baca fikiran wanita? Hahahahaa....

I rasa nak bagi tau jer kat Yeol Mae tu ... testing jer si Ji Hoon tu ... muka dan body pun not bad. Tapi yelah ... walaupun seopen mana pun kita ... I rasa even orang putih yang biasa have more than one partners ada set of rules on dating. Apa yang morally right or accepted. Apa yang "easy" or "consentual". Cinta ni ... can be something sooooo beautiful dan pada masa yang sama can be sooooo hurtful. Kalau I kat tempat Yeol Mae, kalau dah ada Ji Hoon ... I will just move on. Tapi the brilliant part of this drama, memang dia highlight ... kadang-kadang masalah tu ialah hati wanita. Susahnya nak move, kalau dah terlalu suka dan sayang.

Apa-apa pun yang ditulis di atas tidak semestinya mewakili pendirian peribadi penulis berhubung perhubungan dibenarkan dari segi agama okay. Ini cuma pandangan dari segi jalan cerita drama dan nak cuba kait dengan norma masyarakat Korea pada masa ini. Okay nak sambung ke episod seterusnya. Nanti i share lagi.

No comments:

Post a Comment