Translate

Thursday, September 6, 2012

Anak Kampung & Gangnam Style

Dari semalam lagi sebenarnya mak nak share pasal lagu yang tengah gone viral since last July ... Gangnam Style. Tapi seronok-seronok mak check-check youtube pasal video Gangnam Style ni ... mak teringat pasal lagu Anak Kampung pula.

Sebenarnya mak rasa 2 lagu ni banyak persamaan. First lagu ni pasal kehidupan - satu pasal kampung dan miskin and satu pasal bandar dan kaya. Kedua, lepas lagu tu feymes ... mulalah keluar banyak versi on youtube (female version lah, parody lah dan sebagainya). Ketiga, kedua-dua lagu have very catchy tunes - satu in ethnic creative Sabahan way, satu modern K-pop way. Keempat, kedua-dua lagu memperkenalkan music culture masing-masing ke pasaran yang tidak dijangka - Anak Kampung kepada penduduk Malaysia di Semenanjung manakala Gangnam Style menembusi pasaran Eropah yang kurang familiar dengan K-pop (Amerika dan Asia ni memang dah feymes K-pop ni).

Masa mak mula dengar lagu Anak Kampung ... time tu mak tengah jalan-jalan dengan kawan mak kat Penang lah. Mak ketawa betul-betul sebab mesejnya mudah difahami, liriknya dalam slang Sabah yang memang lucu serta membangkitkan nostalgia dan ofkos muziknya pun memang nak buat kita menari Sumazau. Bak kata orang Sabah .... syiookkkkkk bah! Sapa yang tak pernah dengar original version Anak Kampung ni ... ni mak share.


Anak Kampung Original


Anak Kampung Female Parody


Anak Kampung featuring One Nation Emcee (moden punya lah)

Okay pasal Gangnam Style ni, sebenarnya mak first dengar lagu Gangnam Style ni on Red.fm tapi masa tu mak takde perasaan lah sebab yelah otak mak time tu fokus macam mana nak redah jam kat George Town. Tapi mak perasan dia ada sedikit elemen shuffling macam LMFAO. Tapi mak suspect mesti American Korean lah sebab sebutan English dia perfect sikit. Then mak Gayah BBM mak .... "Jemah, ko dah tengok ker video Gangnam style Jemah". Kalau Gayah yang tak minat Korea boleh merembes lepas tengok Gangnam Style ... harus lah mak tengok jugak kannnnn. Haaaa kau ... terus beratus kali ulang video Gangnam Style tu mak mainkan. 


PSY Gangnam Style Original


PSY Gangnam featuring Hyuna (kira female version lah)


Gangnam (Super Kampung Style) oleh Fly.fm

Natijahnya, dunia sekarang memang sangat stress dan perlu banyak keceriaan. Sometimes tak perlu lah nak tulis lirik yang berbunga-bunga atau klip video yang penuh aksi yang mengghairahkan nak sebab bagi laku album. Anak Kampung dan Gangnam Style ni dah membuktikan bahawa just create something closer to home and everyone can relate to it ... sure boleh jual punya album tu. 

Oh ya ... baru perasan satu lagi persamaan ... mau jadi artis terkenal dan kasi album laku tak semestinya muka hensem, penting kreatif dan sesuwaiiiiii dengan jiwa mak hahaha

Wednesday, September 5, 2012

Kinohimitsu J'Pan Collagen Diamond 5300 Drink


Hari ni mak nak share pengalaman mak minum produk kecantikan Kinohimitsu Diamond Collagen 5300mg Drink ni. Untuk makluman, mak dah amalkan dekat sebulan dan sekarang ni masuk kotak yang kedua. Satu kotak untuk supply sebulan ada 16 botol semuanya.

Mak diperkenalkan kepada minuman kecantikan ni oleh rakan sekerja mak setelah mak menegur kulitnya semakin halus dan cantik for a 40 year old. Selain itu penulis juga perasan yang rambut kawan mak ini yang mengalami masalah thinning nampak lebat, tebal dan sihat. Kalau muka yang berkedut tiba-tiba tegang tu mak malaslah nak tegur, tapi ni tak ... mak observe kulit muka, rambut dan jari-jemari dia nampak so youthful.

Gigih mak minum uols setiap malam supaya nampak meletups.

Jangan lupa beli yang ori yer...
Kawan mak pun berkongsi pengalaman minum produk kecantikan ni selama 2 bulan dan recommend mak untuk mencubanya. Masa mula-mula beli tu, mak kongsi dengan my mum yang juga interested to test it. Yelaaa ... my mum pun nak meletups jugak okayyyy. Harga promosi sekotak untuk supply sebulan kat Watson is RM 159.00. Kalau tengok kotak, retail sale price RM 165.00.

Mak sebenarnya takdelah masalah kulit yang serius tapi mak perasan sejak mak kerja kat Penang ni, dengan udara Pulau yang kering dan panas, ditambah pula dengan tekanan kerja, amalan pemakanan yang kurang sihat, kurang bersenam serta duduk bawah air-con kulit muka mak jadi kusam dan tona tak sekata. Rambut mak juga kering, kasar dan bercabang. Kuku mak pulak brittle.

Mak jadi tak suka ambik gambar sebab rupa memang nampak soooo "makcik". Dah berapa banyak dah mak belanja utk produk kecantikan (including SKII) ... Kesannya tidaklah seperti yang diharapkan. Tambahlah mak ni kategori yang malas nak tempek bedak, krim dan segala. Nah sekali kau ... bila tengok kebanyakan problem yang dinyatakan kat belakang kotak tu ada kena kat mak harussssss lah mak beli kan (sangat mudah terpengaruh ngan iklan...)

Tapi sebelum nak beli tu, mak ada jugak rasa was was ... yalah kebanyakan produk minuman kecantikan adalah daripada sumber haiwan atau hidupan laut, which I am not so keen kalau takde GMP (Good Manufacturing Practice) atau sumber haiwan tu kita tak tahu apa dan dari mana. Mak pernah juga nak plan nak beli sheep placenta sebab ramai kawan mak yang Chinese and Eurasian memang asyik-asyik puji produk sheep placenta ni. Tapi mak tak suka kambing and sedara mara dia so memang tak berkenan lah sheep placenta ni.

Kalau ikut label, bahan-bahan dia terdiri daripada air, fruktosa, kolagen 5300mg (ikan), jus epal, asid sitrik, karamel, vitamin C, jus sayuran dan buah-buahan, jus lemon, jus lichi, ekstrak biji perilla, silk protein, dan soy isoflavone.

Cara penggunaannya, satu botol setiap hari sebelum sarapan atau tidur. Mak prefer waktu malam sebelum tido sebab bangun pagi tu mak suka the feeling of my skin. Untuk pengguna kali pertama, kena minum secara berterusan sebotol sehari selama 6 hari. Pastu, baru minum selang 2 hari 1 botol (for maintenance). Tapi kalau yang mengandung atau mempunyai masalah kesihatan, digalakkan merujuk dulu kepada doktor ya.

Mak memang puas hati lah dengan produk ni. Lepas 5 botol, the first thing mak perasan adalah kulit tangan, kuku dan rambut mak. Terasa lembut dan halus. Pastu kawan mak tegur kata muka macam "glowing".... and mak tengok gambar mak baru-baru nie ... mak suka bibir mak yang sangat "kissable" ... yalah bibir Angelina Jolie dan Anita Sarawak kannnnnn ... sexy gitewwww. Tak tahu ni perasaan mak jer ker tapi mak rasa, kawan-kawan yang dah kawin dan beranak amat digalakkan mencuba... kasi UP dan tegang sikit yang kendur dan lunyai (opppsssss). Tak payah sebok nak makan kacip mak Jemah uolsssss ... so the very ulu gitew.

Okay ... sapa yang patut minum produk ni ...


Sebelum mak try product nie mak ada jugak cuba 2 produk Kinohimitsu yang lain iaitu UV Bright Drink (ni pun berkesan sebab nampak pipi rosy) dan MindRelax Drink (yang ni tak nampak kesan pun). Tapi sebab nak habiskan stok, mak selang seli minuman kolagen ni dengan MindRelax Drink.

Lepas mak habis minum yang ni mak plan nak try dia punya StemCell Drink pulak. Sebab kata promoter tu lah kan, StemCell ni drink ni ada DNA dan RNA for cell rejuvenation so boleh bantu hilang sakit-sakit kat badan. Pastu dia pun ada kolagen. Effect dia pun ada macam sheep placenta tapi ni daripada sumber tumbuhan iaitu Snow Lotus. Tapi harga boleh tahan juga uolsss ... RM 299.00 untuk supply 30 hari kat Watson.

Kepada kawan-kawan yang nak cuba tu ... silalah ya ... you will never regret it.