Translate

Thursday, September 6, 2012

Anak Kampung & Gangnam Style

Dari semalam lagi sebenarnya mak nak share pasal lagu yang tengah gone viral since last July ... Gangnam Style. Tapi seronok-seronok mak check-check youtube pasal video Gangnam Style ni ... mak teringat pasal lagu Anak Kampung pula.

Sebenarnya mak rasa 2 lagu ni banyak persamaan. First lagu ni pasal kehidupan - satu pasal kampung dan miskin and satu pasal bandar dan kaya. Kedua, lepas lagu tu feymes ... mulalah keluar banyak versi on youtube (female version lah, parody lah dan sebagainya). Ketiga, kedua-dua lagu have very catchy tunes - satu in ethnic creative Sabahan way, satu modern K-pop way. Keempat, kedua-dua lagu memperkenalkan music culture masing-masing ke pasaran yang tidak dijangka - Anak Kampung kepada penduduk Malaysia di Semenanjung manakala Gangnam Style menembusi pasaran Eropah yang kurang familiar dengan K-pop (Amerika dan Asia ni memang dah feymes K-pop ni).

Masa mak mula dengar lagu Anak Kampung ... time tu mak tengah jalan-jalan dengan kawan mak kat Penang lah. Mak ketawa betul-betul sebab mesejnya mudah difahami, liriknya dalam slang Sabah yang memang lucu serta membangkitkan nostalgia dan ofkos muziknya pun memang nak buat kita menari Sumazau. Bak kata orang Sabah .... syiookkkkkk bah! Sapa yang tak pernah dengar original version Anak Kampung ni ... ni mak share.


Anak Kampung Original


Anak Kampung Female Parody


Anak Kampung featuring One Nation Emcee (moden punya lah)

Okay pasal Gangnam Style ni, sebenarnya mak first dengar lagu Gangnam Style ni on Red.fm tapi masa tu mak takde perasaan lah sebab yelah otak mak time tu fokus macam mana nak redah jam kat George Town. Tapi mak perasan dia ada sedikit elemen shuffling macam LMFAO. Tapi mak suspect mesti American Korean lah sebab sebutan English dia perfect sikit. Then mak Gayah BBM mak .... "Jemah, ko dah tengok ker video Gangnam style Jemah". Kalau Gayah yang tak minat Korea boleh merembes lepas tengok Gangnam Style ... harus lah mak tengok jugak kannnnn. Haaaa kau ... terus beratus kali ulang video Gangnam Style tu mak mainkan. 


PSY Gangnam Style Original


PSY Gangnam featuring Hyuna (kira female version lah)


Gangnam (Super Kampung Style) oleh Fly.fm

Natijahnya, dunia sekarang memang sangat stress dan perlu banyak keceriaan. Sometimes tak perlu lah nak tulis lirik yang berbunga-bunga atau klip video yang penuh aksi yang mengghairahkan nak sebab bagi laku album. Anak Kampung dan Gangnam Style ni dah membuktikan bahawa just create something closer to home and everyone can relate to it ... sure boleh jual punya album tu. 

Oh ya ... baru perasan satu lagi persamaan ... mau jadi artis terkenal dan kasi album laku tak semestinya muka hensem, penting kreatif dan sesuwaiiiiii dengan jiwa mak hahaha

6 comments:

  1. ai laik...
    tp kan jemah, masa uols bbm iols pasal hapdet terkini detik alunansari uols ni, yg uols bilang bery the merembes, iols ingatkan uols berdetik ttg anak ikan iols si tom daley...hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah cepat ko nak check Gayah.

      Kalau aku nak citer yang lebih merembes ... ofkoslah bukan Tom Daley nok ... apa ko nak aku caras ker anak ikan uols.

      Delete
  2. hahahha...mana la iols tau..sb cara uols bbm mcm perembesan di pihak iols..tu yg iols ingat uols ceciter hal anak ikan iols tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gayah ... cukup-cukup lah merembes Gayah ... tak pasal2 cepat ko menopos nanti uolsss

      Delete
  3. Seriyesnya mak suka jimmy palikat original version. yg ppn pya version dan modern pya version mcm nak tumpang keglameran lagu je. oh ya psl gangnam tu, dia dpt pddkn dr unversity of boston tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too mak hajah (oppss kampungnya namer glam uols ni)

      Eeee ... hebatnya mak hajah sue ella pun ambik tau pasal k-pop .... kelasssssss

      Delete